Tiada pengalaman bukan bermaksud tiada peluang
Ramai lepasan SPM rasa susah mahu cari kerja sebab belum ada pengalaman. Sebenarnya banyak majikan masih terbuka ambil calon baru asalkan calon nampak rajin, boleh belajar dan boleh beri komitmen.
Kerja yang sesuai untuk lepasan SPM
- Crew restoran atau fast food.
- Pembantu kedai.
- Cashier.
- Promoter.
- Packing barang.
- Admin basic.
- Runner atau rider jika cukup syarat.
- Kerja part-time hujung minggu.
Macam mana mahu mohon kalau tiada pengalaman?
Gunakan pengalaman kehidupan harian yang berkaitan. Contohnya pernah bantu keluarga berniaga, aktif kokurikulum, biasa berurusan dengan orang ramai, pernah jaga booth sekolah atau pernah buat jualan kecil.
Saya belum ada pengalaman kerja formal, tetapi saya bersedia belajar. Saya boleh ikut arahan, menepati masa dan berminat untuk mula bekerja dalam bidang operasi kedai.
Jangan hantar mesej terlalu pendek
Elakkan mesej seperti “kerja ada lagi?” sahaja. Tulis nama, lokasi dan jawatan yang dimohon supaya majikan mudah faham.
Perkara yang majikan tengok
- Boleh datang kerja ikut masa.
- Boleh bercakap dengan sopan.
- Tidak memilih kerja terlalu awal.
- Sanggup belajar dari bawah.
- Boleh ikut jadual dan arahan.
Kesimpulan
Lepasan SPM boleh mula dengan kerja basic untuk bina pengalaman. Yang penting, mohon dengan cara kemas, datang interview dengan sopan dan tunjuk sikap yang majikan boleh percaya.